
Bintang terbaru itu ialah Assrah Nassir, seorang kru kabin syarikat penerbangan tambang murah itu.
Tarian penuh liuk-lentok Assrah diiringi lagu “Toxic” dendangan Britney Spears pada 2004 itu dirakam dalam pesawat AirAsia tanpa penumpang.
Gaya tarian dan bahasa badannya yang saling tidak tumpah seperti Britney, menjadikan beliau bintang segera di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Setakat ini, video itu ditonton lebih 9 juta kali di Instagram sejak ia dimuat naik Sabtu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengakui terpukau dengan lakon-tari krunya itu sehinggakan beliau berkongsi video berkenaan dengan pengikut Facebooknya.
“Klassik. ‘Toxic’ versi AirAsia. Bakat dalam AirAsia tidak pernah gagal memukau saya.
“Suka melihat kakitangan berseronok dan menjadi diri sendiri,” tulisnya di Instagram.
https://www.instagram.com/p/BRs3ujUAObF/?taken-by=tonyfernandes