Shah Rukh Khan jadi Wolverine ganti Hugh Jackman?

Shah Rukh Khan jadi Wolverine ganti Hugh Jackman?

Siri Wolverine akan berakhir dalam filem Logan dan Hugh dijangka bersara dari watak tersebut.

Hugh-Jackman
fmt-ohsem-inside-article1Filem Logan, siri terakhir Wolverine lakonan Hugh Jackman akan ditayangkan di panggung wayang beberapa hari sahaja lagi.

Semua orang tahu, Jackman merupakan ikon paling sempurna memegang watak yang bermula dalam bentuk buku komik dan kemudian dijadikan filem superhero pada tahun 2000.

Namun, siri itu akan berakhir dalam filem Logan, Jackman dijangka bersara dari watak tersebut.

Bagaimanapun, Jackman terima jika ada pelakon lain yang mahu melakonkan watak utama siri Wolverine akan datang dan dia memilih Shah Rukh Khan.

“Tidak ada masalah jika orang lain yang melakonkan watak itu dan saya juga mahu orang lain menjadi Wolverine.

“Shah Rukh Khan menjadi pilihan saya buat masa ini,” kata pelakon Logan itu kepada Ibtimes.

Bagaimanapun dia juga akui akan berasa kesal jika pelakon baru yang melakonkan watak itu lebih baik daripadanya.

“Siri komiknya juga sangat bagus kerana setiap orang mempunyai interprestasinya sendiri.

“Saya berminat untuk menilai sendiri karya itu supaya ia benar-benar hebat, tetapi saya tidak mahu ia menjadi lebih bagus daripada filem lakonan saya,” katanya.

Jika benar Shah Rukh Khan menjadi Wolverine, dunia perfilemen Hollywood mungkin akan berubah hala tuju.

Logan atau Wolverine 3 dijangka ditayang pada 3 Mac.

Sebelum ini, Shah Rukh pernah melakon watak superhero dalam filem Hindi, Ra One.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.