Tahan nafas, tonton aksi ‘berani mati’ model seksi ini

Tahan nafas, tonton aksi ‘berani mati’ model seksi ini

Model wanita itu melakukan beberapa aksi ngeri di atas Menara Cayan tanpa menghiraukan keselamatan nyawanya.

closeeyes11
fmt-ohsem-inside-article1Kecut perut apabila menonton video ini.

Seorang model wanita bertindak berani memanjat bangunan pencakar langit dan memberi aksi “berani mati” semata-mata untuk dirakam tanpa menghiraukan keselamatan nyawanya.

Viktoria Odintcova’s, model berusia 23 tahun dari Russia memanjat bangunan tinggi, Menara Cayan Dubai tanpa sebarang perlindungan keselamatan, berdiri di atas tiang mendatar yang sempit dan beraksi sambil dibantu teman lelakinya.

Video rakaman itu dikongsi Odintcova dalam laman Instagram awal bulan ini.

closeeyes113242

“Saya masih tidak percaya melakukannya,” kata Odintcova seperti yang dipetik Metro UK.

“Setiap kali menonton video ini, tapak tangan saya berpeluh,” tambahnya.

Menara Cayan berketinggian 306 meter adalah menara tertinggi di dunia ketika dibina pada 2013, mengalahkan Menara Shanghai.

Para pengikut Instagram Odintcova dan netizen mengkritik percubaan beraninya sebagai berisiko, membahayakan diri dan bodoh.

Bagaimanapun pada Jumaat lalu Kumpulan Cayan mengambil tindakan undang-undang terhadap Odintcova dan krew produksinya yang merakam aksi itu.

Odintcova yang mengakui tidak akan mengulangi aksi itu berkata sedia berdepan tindakan selepas mendedahkan kekurangan sekuriti menara itu.

“Kami di atas bumbung bangunan itu bukan berniat jahat, tetapi orang lain boleh gunakan kelemahan pihak sekuriti sama ada untuk membunuh diri atau tindakan keganasan,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Pada Ahad lalu, polis dari Dubai, Khalil Ibrahim Al Mansouri memberitahu surat saman sudahpun dihantar kepada Odintcova dengan amaran tidak mengulangi aksi yang boleh membahayakan dirinya.

https://www.youtube.com/watch?v=ykK0VolvYRw

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.