
Pelantikan itu diumumkan wakil Unicef di Malaysia Marianne Clark-Hattingh, di sini.
Lisa berkata beliau sentiasa berminat dengan isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan anak muda di Malaysia.
“Dan menjadi duta Unicef memberikan peluang yang tepat untuk saya melibatkan diri secara peribadi,” katanya kepada wartawan.
Pelakon terkenal itu berkata antara yang menarik minatnya ialah keperluan untuk pendidikan seksual menerusi media sosial dan menggesa tindakan komprehensif daripada pihak berkaitan untuk menangani isu ini.
“Dulu, ibu bapa kita selalu akan memberitahu kita supaya tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali tetapi cabaran kini ialah kewujudan gajet dan platform media sosial,” katanya.
Clark-Hattingh berkata Lisa akan terlibat dalam mempromosi dan meletakkan ke depan hak kanak-kanak di Malaysia dan sejagat menerusi pelbagai inisiatif dan kempen Unicef.
“Sokongan beliau meliputi usaha ke arah menghapuskan segala bentuk keganasan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak, integrasi kanak-kanak kurang upaya, penggunaan Internet yang lebih selamat dan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.