Kasih sayang wanita berjaya ubah nasib kucing sakit

Kasih sayang wanita berjaya ubah nasib kucing sakit

Coconut menghidap jangkitan saluran kencing, cirit-birit kronik, pekak, daya penglihatan pudar, kaki tempang, kutu di telinga dan luka di seluruh badan.

dodo
fmt-ohsem-inside-article1Ia adalah seekor kucing jalanan yang cedera di muka, badan dan telinganya turut berdarah.

Haiwan itu yang sering berkeliaran di lorong di Boston, Amerika Syarikat, nampaknya tidak akan hidup lama sehinggalah ditemui seorang wanita pada Februari 2016.

Pengasas Boston Forgotten Felines (BFF), Joni Nelson yang mempunyai pengalaman menyelamatkan kucing lebih 3 dekad, menamakannya Coconut.

“Pada mulanya, ia sekadar meneutralkan keadaan tetapi Joni sedar keadaan Coconut bukan sekadar itu. Baginya, walaupun liar, Coconut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Keadaan Coconut lebih teruk daripada sangkaan saya. Ia menghidap jangkitan saluran kencing, mata pudar, kutu di telinga, kaki tempang, cirit-birit kronik dan kotor. Di sebalik semua itu, sikap Coconut juga menjadikan ia sukar didekati,” kata Joni kepada The Dodo.

Walaupun diserang, Joni terus membantu Coconut dengan memberi ubat dan makanan setiap hari, sebelum mendapat tahu kucing itu mungkin mengalami kabur penglihatan atau buta.

“Ia mengambil masa sebelum dapat menenangkan Coconut. Kini, saya boleh membersihkan kandang Coconut dan meletak makanan. Bagaimanapun, setiap kali berjalan melalui kandang, ia akan mendesis seperti hendak menyerang,” tambah Joni yang kemudiannya mendapati Coconut juga pekak.

“Selepas diserang dan digigit 2 kali, baru saya tahu dia pekak dan hanya dapat melihat bayang-bayang. Tidak hairanlah dia liar. Dia takut dan tiada siapa yang tahu penyeksaan dilaluinya selama ini. Ramai yang menasihati saya tidak membelanya.”

Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Joni akhirnya membuahkan hasil, apabila Coconut membenarkan Joni menyentuh dan mengusapnya.

“Pada mulanya saya bimbang Coconut akan bertindak ganas dan menyerang penjaga pusat penjagaan di bawah kelolaan Ashley Ward. Tetapi, hanya selepas satu malam bersembunyi, ia mula keluar dan menyesuaikan diri,” kata Joni.

“Coconut adalah sweetheart,” kata Ashley kepada The Dodo.

“Kami teruja melihat transformasi Coconut. Daripada seekor kucing liar yang takut, kini ia haiwan peliharaan yang sedia dikasihi,” kata seorang sukarelawan BFF, Danapel C de Veer.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.