Anda jenis ibu bapa macam mana?

Anda jenis ibu bapa macam mana?

Kajian mengenai kelakuan remaja terlibat dalam jenayah menunjukkan gaya keibubapaan sebagai punca utama.

parent
fmt-ohsem-inside-article1“Ibu bapa tak reti besarkan anaknya baik-baik.”

“Semua salah ibu bapa, anak jadi begini.”

“Entah macam mana ibu bapanya besarkan dia.”

Ibu bapa adalah orang pertama yang dipersalahkan terhadap kelakuan anak mereka. Kegagalan menjaga dan mendidik anak dengan betul selalu dikaitkan sebagai punca utama.

Pakar Kriminologi dari Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Rahim Kamaluddin mendedahkan 4 gaya keibubapaan dan kesannya kepada anak.

“Gaya keibubapaan salah satu faktor utama yang mencorak masa depan anak. Kanak-kanak seawal usia 6 tahun mula menghisap dadah dan terlibat dalam pelbagai kesalahan. Nak tahu apa sebabnya?

“Kajian kriminologi dalam dan luar negara menyenaraikan gaya keibubapaan itu sendiri sebagai faktor paling asas,” katanya kepada FMT Ohsem baru-baru ini.

“Ibu bapa sibuk mencari duit, sememangnya kita faham niat mereka. Namun, ada ibu bapa lupa didikan dan gaya keibubapaan lebih penting dalam membesarkan anak berbanding memenuhi keperluan material,” tambah Rahim.

Justeru, beliau menyenaraikan 4 gaya keibubapaan:

(i) autoritarian – mengawal
(ii) permisif
(iii) Penyingkiran/ pengabaian
(iv) autoritatif – memerintah

Autoritarian – mengawal
Mereka suka menghukum anak sekiranya bersalah dan menetapkan terlalu banyak peraturan di rumah.
Sekiranya melanggar peraturan, maka hukuman akan dikenakan.
Dalam gaya ini, komunikasi adalah satu hala.
Disebabkan anak tidak selesa dan tidak mempunyai kebebasan di rumah, mereka menjadi lebih rapat dengan kawan atau orang luar.
Kesilapan memilih kawan boleh menyebabkan mereka tersilap langkah.
Mereka boleh menjadi pembuli demi mencari kebebasan dan kuasa. Apabila memasuki alam remaja, mereka semakin sukar dikawal.

Permisif
Ibu bapa yang tidak kisah dengan semua perkara.
Kurang peraturan di rumah, sangat selesa, kalau ada sekalipun tidak konsisten dan memberi kebebasan kepada anak.
Anak menjadi manja, kurang kawalan diri dan kemahiran sosial.
Mudah terpengaruh dengan kawan dan terjebak gejala sosial serta budaya negatif kerana diberikan kebebasan melampau.
Berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah seksual akibat pergaulan bebas.

Penyingkiran/ pengabaian
Cara ini sangat berbahaya kerana mereka tidak mempedulikan anak.
Tidak minat dengan perkembangan atau pencapaian anak.
Menjauhkan diri daripada anak, sibuk mencari duit sehingga mengabaikan anak dan sangat pasif dalam mendidik anak.
Anak mungkin menyertai kongsi gelap/mengambil dadah/merokok/ponteng sekolah dan terbabit jenayah.
Anak kekurangan kasih sayang, simpati dan empati.

Autoritatif
Cara terbaik dan perlu dijadikan panduan kerana ibu bapa lebih fleksibel.
Ibu bapa akan memberitahu punca anak melakukan kesalahan dan memberi hukuman sewajarnya, jika perlu.
Tidak agresif tetapi tegas dan demokratik.

“Mari amalkan gaya keibubapaan yang sewajarnya untuk melahirkan generasi muda yang berjaya dan bermoral,” ujar Rahim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.