

Ini kerana gedung pakaian antarabangsa utama di negara barat mula memberi ruang kepada fesyen Muslimah khususnya hijab.
Debenhams menjadi gedung UK utama yang menjual hijab sebagai sebahagian daripada rangkaian fesyen baharu pakaian Islam.
Ia akan diperkenalkan secara berperingkat bermula di outlet cawangan Oxford Street, kemudian Birmingham Bullring, Westfield di Shepherd Bush, Trafford Manchester dan pusat beli-belah Highcross di Leicester.
Fesyen Muslimah ini merangkumi gaun, kimono, topi, pin hijab dan hijab.
Menurut laporan Independent, Debenhams pada masa ini akan menjual hijab jenama Aab.
Ia jenama pakaian konservatif yang bertumpu kepada fesyen “sederhana kontemporari” untuk wanita.
Pengenalan jenama Aab seiring dengan pelancaran fesyen Muslimah antarabangsa Debenhams di Dubai, Kuwait, Arab Saudi, Bahrain, Iran, Indonesia dan Malaysia.
Jeanette Whithear dari Debenhams berkata produk fesyen berkualiti tinggi adalah sebahagian pasaran syarikat itu dan ia membolehkan Debenhams menawarkan koleksi yang relevan dalam pasaran antarabangsa dan domestik.
Pengasas dan pengarah kreatif di Aab, Nazmin Alim pula berkata Aab bermula sedekad yang lalu sebagai label fesyen sederhana bagi memenuhi keperluan pengguna moden.
“Kerjasama dengan Debenhams hari ini membuka peluang yang sangat mengujakan,” katanya.
Langkah Debenhams bagaimanapun dikecam sesetengah pihak yang mempersoalkan strategi itu.
Pada 2014, gedung John Lewis menjual hijab sebagai sebahagian pakej pakaian seragam sekolah di cawangan London dan Liverpool.
Pada March 2015, Marks & Spencer buat pertama kali menjual burkini di gedungnya.
Beberapa tahun lalu, pakaian Muslimah mengundang beberapa kontroversi dengan negara Eropah tampil mengharamkan pemakaian burqa di tempat awam.
Belanda, Perancis, Belgium dan Bulgaria antara negara yang mengharamkan burqa, diikuti Perancis.