

Chop, jangan main letak sahaja bunga mawar ikut suka, tetapi ketahui warna dan maksudnya terlebih dahulu supaya memberi nilai kepada bunga mawar dan hubungan anda berdua.
FMT Ohsem senaraikan warna bunga mawar dan makna sebaliknya. Harap ia memudahkan anda “pick and choose” warna bunga yang rasa sesuai dengan personaliti buah hati anda itu.

“Saya cintakan awak!” sekuntum mawar merah menceritakan segalanya mengenai hubungan romantis anda berdua.

Anda selalu mahu mengucapkan terima kasih kepada pasangan anda kerana kasih sayang dan pengorbanannya? Hadiahkan dia bunga mawar merah jambu. Ia bermaksud anda sangat menghargai jasa dan bakti “si dia” terhadap anda dan akan terus mencintainya selama-lamanya.

Anda baru berkahwin atau selalu berasa seperti baru sahaja mendirikan rumah tangga? Wow, seperti sepasang “hot couple”! Sesuailah hadiahkan wanita anda sekuntum bunga mawar putih. Pendek kata, mawar putih bermakna, “Saya sentiasa mengingati mu.”
Mawar kuning lazimnya dikaitkan dengan persahabatan. So what? Pasangan anda boleh jadi kawan baik anda dan bukankah ia sesuatu yang “cool”. Maknanya, anda melihat isteri anda sebagai seorang kawan baik.
“Kamu teman sejati saya”.
Mana ada bunga mawar biru? Ada…. yang dicelup. Celup pun, mawar biru juga ada maknanya yang tersendiri, “Walaupun saya tak dapat bersamamu, saya tidak dapat berhenti mengingati mu…” adalah maksudnya. Sesuailah kepada pasangan jarak jauh.
Mawar ungu signifikan kepada cinta pandang pertama. Unsur misteri dan spiritual pada warna ungu menandakan betapa anda mencintai pasangan anda dalam diam sejak detik pertama bertemunya. Mungkin inilah masanya untuk “confess” cinta anda atau memberitahu kedalaman cinta anda itu.
Seterang warnanya, mawar berwarna oren ini juga menjelaskan maksud yang “straight forward”. Ia bermakna, “Saya teruja untuk bersama mu.” Kalau teruja, berilah bunga mawar oren!