
Zaman 1980-an adalah zaman revolusi untuk bermacam perkara di Malaysia termasuk dunia hiburan. Salah satu ialah pengenalan teknologi televisyen berwarna.Apa tidaknya, televisyen berwarna sudah tentu lebih menyeronokkan berbanding visual hitam putih.
Tak lupa juga iklan pelbagai produk dengan slogan dan lagu yang masih terpahat dalam ingatan sesetengah orang selepas 30 tahun lalu.
FMT Ohsem memilih 6 iklan televisyen yang menggamit nostalgia.
*Pilihan ini tidak bertujuan mempromosikan jenama tertentu.
Selamat menonton!
1. Iklan mi Maggi
“Mi Maggi cepat dimasak sedap dimakan”. Tiap kali memakan mi segera mesti ada di antara kita teringat lagu/slogan ini, betul tak?
Tahun: 1984
https://www.youtube.com/watch?v=eefePrKWjNY
(Kredit: abgcantik)
2. Iklan kicap cap kipas udang
“Cap cap cap, cap kipas udang, lepas makan kita berkipas.” Ikan zaman dahulu tak lengkap tanpa lagu yang masih segar dalam ingatan ramai.
Tahun 1983
(Kredit: john wilsmith)
3. Iklan serbuk pencuci pakaian Trojan
Setiap kali ternampak orang berambut ala-ala balung ayam jantan atau punk, pasti teringat wira Trojan yang seakan-akan boleh mengalahkan superhero Thor ini.
Tahun: 1983
https://www.youtube.com/watch?v=wZJYyi5eD6c
(Kredit: abgcantik)
4. Iklan bateri Eveready
Setiap kali bekalan elektrik terputus, lampu suluh adalah keperluan pertama yang dicari. Tetapi, lampu suluh tidak akan berfungsi tanpa bateri. Apabila bercakap mengenai bateri, adakah anda masih teringat iklan Eveready dengan kerancakan lagu latarnya “Apabila diperlukan Eveready bertenaga”?
Tahun: 1984
(Kredit: seriteribuana)
5. Iklan kopi Nescafe
Dari dulu lagi, memang ramai yang suka minum kopi, termasuklah jenama Nescafe. Tetapi, adakah lagu iklan paling digemari “kelazatan kopi sebenar, Nescafe” masih terngiang-ngiang di telinga anda?
Jika tidak, masih kita tonton iklan yang diselang-seli dengan lagu dan adegan minum kopi ini.
Tahun: 1988
https://www.youtube.com/watch?v=g_02DmdtU-Y
(Kredit: abgcantik)
6. Iklan susu pekat manis Frasian Flag
Ingat lagi susu pekat manis Frasian Flag dengan dialog “Mmmm…macam tulah menantu mak”? Iklan susu pekat manis ini berkisar tentang cara memikat mak mertua, di mana menantu membawa secawan teh dalam keadaan terketar-ketar.
Tahun: 1987
https://www.youtube.com/watch?v=yMcEgq_tdwI
(Kredit: abgcantik)