

Setiap pagi 2 perkara yang menjadi cabaran ialah memastikan semua kerja sekolah siap dan menyediakan bekalan makanan ke sekolah.
Apa bekalan anak anda hari ini? Adakah ia mengambil kira elemen makanan sihat atau sekadar memenuhi permintaan anak yang ala-ala mampu disediakan sahaja?
Sarapan penting dalam memastikan kanak-kanak terus fokus dalam pembelajaran. Makanan terlalu manis, berlemak atau berminyak, big no-no!
Latih anak makan makanan sihat dan jadikan ia rutin bekalan ke sekolah.
Di bawah adalah beberapa tip penyediaan bekalan makanan sihat kepada anak anda yang dipetik dari dari portal Roodepoortrecord.com.
- Buah dan sayuran segar seperti tomato, salad dan lobak
- Roti gandum penuh seperti pita, roti sandwic dan pelbagai jenis roti yang lain
- Sediakan sapuan avokado menggantikan mentega atau marjerin
- Keju dan dadih, pilihan tenusu yang terbaik
- Cukupkan protein dalam bekalan makanan seperti telur, mentega kacang, tuna atau kekacang hijau
- Seeloknya bekalkan minuman air kosong
Okay, ya saya dengar keluhan dan rungutan anda memujuk anak makan buah dan sayur sebagai sebahagian daripada bekalan lunch-box mereka. Tunggu, ada tips lain untuk itu:
- Salad buah adalah pilihan paling diminati
Apabila dipotong dadu dengan warna buah pelbagai, pasti akan menarik perhatian mereka. - Janganlah beri buah yang sama setiap hari
Boringlah macam tu. Kita ada pelbagai buah tempatan dengan tekstur, bau dan warna yang berbeza, cubalah! - Kalau musim panas, bekalkan dengan buah-buahan yang menyejukkan.
Ataupun masukkan ia dalam mesin penyejuk semalaman supaya memberikan pilihan yang menyeronokkan. - Ini mesti buat ok, jangan main campak buah dalam bekal.
Pastikan ia dikupas kulit, biji buah dikeluarkan, dipotong kecil dan oh ya, sediakan juga sapu tangan untuk mengelap tangan. - Bagi sayur-sayuran, boleh pelbagaikan dengan menggunakannya dalam sandwic, bersama biskut kraker atau keju
- Kalau guna sapuan avokado, titiskan buah lemon supaya warnanya kekal segar, baru anak pun ada selera makan
- Gunakan salad atau timun yang masih segar, bukan yang dah layu sampai susah nak kunyah
- Potong sayur dalam pelbagai bentuk
Tak syioklah kalau hari-hari dalam bentuk sama, yang nak makan budak-budak jadi kena kreatif.