Jangan terpedaya kalau ‘too good to be true’

Jangan terpedaya kalau ‘too good to be true’

Bisnes menggunakan modul MLM yang menjanjikan pulangan di luar jangkaan lazimnya dikaitkan dengan scam, janganlah jadi mangsa. Fikir guna akal bukan nafsu!

ringgit
fmt-ohsem-inside-article1Ayat seperti “saya mahu bersara awal”, “berhenti kerja untuk buat pendapatan pasif”, “duduk rumah, luang masa dengan keluarga sambil buat duit, duit yang banyak” dan “Dream big for your future, it is possible” dan banyak lagi….

Jangan terpengaruh!

Bagi mereka yang sudah menjadi sebahagian daripadanya, anda belum terlambat. Fikirlah guna akal, bukan nafsu.

Apa sahaja yang terlalu bagus untuk dipercayai, anda harus berhati-hati. Bak kata orang “too good to be true”, mungkin ada perangkap dan biasanya memang ada.

Jap, saya tidak maksudkan semua bisnes berpandukan jualan pelbagai tingkat (MLM) palsu atau scam, tetapi berhati-hatilah jika ia menggunakan modul yang terlalu “bagus” dan terlalu banyak “jaminan menjadi kaya”.

Scam menjelma secara tiba-tiba seperti tsunami, rekrut seramai yang mungkin dalam masa singkat, sasar golongan “lemah” dari segi nafsu untuk “earn more” dan mereka yang bercita-cita tinggi tetapi tak pandai menguruskan wang secara bijak.

Sebaik dapat mangsa yang mencukupi dan pelaburan ($$$) daripada mereka, tiba-tiba bisnes terhimpit cabaran ekonomi global atau mengalami masalah politik dalaman atau sebagainya.

Lama-lama bisnes hilang, dan anda pun redha, menunggu pisang berbuah lagi.

Bangkitlah dari mimpi itu.

Hasil bacaan beberapa laman web mengenai scam menasihatkan anda supaya berhati-hati dengan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Fokus ialah merekrut bukan menjual – Kalau anda dijamin akan terima pulangan mengikut orang yang direkrut berbanding menjual produk.

2. Latihan yang lemah – Anda terima latihan yang sepatutnya? Adakah mereka berjaya menjelaskan semua kesangsian anda? Adakah premis latihan dan bisnes dalam keadaan kondusif atau sekadar “himpunan” orang berkot dan bertali leher? Siapa mereka sebenarnya? Kalau sekadar melatih anda untuk memujuk orang, boleh tolak ke tepi.

3. Ditekan untuk bayar lebih – Dalam bisnes scam anda mungkin dipaksa untuk terus melabur dalam peringkat tertentu, dan lebih kerap daripada yang dijangka. “Jalan pendek” untuk pulangan besar, kononnya.

4. “Too good to be true” – Adakah setiap dakwaan mereka mempunyai bukti kukuh? Ucapan yang terlalu “menghairahkan” dan “mengujakan”, boleh percaya ke? Lazimnya semua boleh dilakukan, tiada alasan untuk “tidak”, wah macam senang je.

(Sumber 1-4 dari Business Insider berkaitan scam MLM yang dipetik dari Bargaineering.com.)

5. Anda sentiasa keraguan – Percayalah pada “suara hati” anda. Kalau tidur selalu diganggu pelbagai persoalan atau soalan anda atau sesiapa sahaja sukar dijawab, berhati-hatilah, ia mungkin jerat.

Fikirlah sebelum kehilangan wang hasil titik peluh itu. Pada awalnya pelaburan seperti ini akan membuahkan hasil yang lumayan, tunggu anda melabur lebih banyak dan terus “tata” “bye bye”.

Terpedaya pelaburan emas, RM21.6 juta lebur

Wanita ligat tipu pakej melancong di Instagram dicekup polis

‘Datuk’ behind get-rich-quick scam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.