Pantang larang Tahun Baharu Cina bagi bukan Cina

Pantang larang Tahun Baharu Cina bagi bukan Cina

Cuba patuhi perkara-perkara ini bila melawat rakan berbangsa Cina pada tahun baharu Cina nanti.

chines-new-year_600
fmt-ohsem-inside-article1Yeay, esok Tahun Baharu Cina. Kita mesti buat satu pusingan lawatan rakan-rakan berbangsa Cina ya. Limau mandarin, angpau, kuih-muih, kekacang dan biskut tradisional… mmm… Sedapnya!

Okay, nak lawat boleh tapi ingat, rakan bangsa Cina kita ada pantang larang dan peraturan yang harus diikuti sebagai menghormati agama dan budaya mereka.

Di bawah, tips apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa melawat rakan Cina. Ia tidak hanya terhad untuk tahun baharu Cina tetapi sebaiknya sepanjang masa.

1. Pakaian – Elak baju berwarna hitam atau putih. Nak beraya, biarlah warna baju yang ceria. Hitam dan putih sangat tidak sesuai malah dianggap tidak membawa tuah. Sebaiknya pakailah baju merah kerana ia dipercayai boleh menghalau “suei”. Jom shopping baju merah!

2. Hadiah – biasanya kita lawat rumah orang, kita beli buah tangan. Jika melawat rakan Cina pada tahun baharu, janganlah beli sewenang-wenangnya. Pilihan selamat adalah seperti buah (sebaiknya buah oren), kek, biskut, coklat dan manisan.

Jangan, JANGAN bawa hadiah seperti bunga ros kerana duri pada bunga itu dianggap boleh mencederakan justeru bawa keburukan kepada hubungan. Elakkan beri hadiah berupa jam tangan, kerana ia seperti mengingatkan mereka “masa untuk pergi” (kematian). Namun kalau anda terbeli jam tangan, tak mengapa, beri sahaja pada saya. Selain itu, kasut, perkara yang berkaitan dengan nombor 4, cermin, topi, sebarang objek tajam, sapu tangan, payung juga BIG no-no! Semuanya “suei”.

3. Masa makan! Waktu yang dinanti-nantikan. Apapun, cuba ikut peraturannya supaya anda tidak menyebabkan tuan rumah rasa selesa. Ok, kita pergi satu persatu:

i. Hanya sebut perkataan yang baik sahaja ketika menjamah, misalnya ucapan selamat, tahniah dan kesejahteraan. Jangan ucap apa-apa perkataan yang tidak menyenangkan. Maksudnya, jangan cakap pasal politik negaralah ye…

ii. Berhati-hati kendalikan peralatan makanan seperti pinggan mangkuk, chopstick dan sebagainya. Jangan pecahkan pinggan mangkuk atau jatuhkan chopstick, kalau kena tegur, ehem, faham-fahamlah. Kalau anda dengar rakan Cina berkata, “Sui sui ping an” bukan bermaksud mereka marah, tetapi counter perkara buruk itu dengan berkata “Aman selalu setiap tahun”.

iii. Jangan asyik menolak hidangan. Sebaiknya beritahu secara sopan atau, enjoy makanan anda itu!

4. Memberi duit “angpau” menggunakan sampul merah dibenarkan tetapi bukan warna lain. Ingat lagi kontroversi sampul angpau putih oleh Datuk Ibrahim Ali dari Perkasa beberapa tahun dahulu? Oh ye, satu lagi perkara, jangan minta duit untuk dipinjam pada hari berkenaan, itu pun “suei”.

5. Kalau bawa anak atau bayi, pastikan mereka tidak merengek atau menangis di rumah mereka, lagi-lagi pada tahun baharu. Anda juga, jangan tonton soap opera kat rumah rakan Cina, sebab kalau ada adegan sedih kena tahan nangis juga tau!

6. Sopan – Tak kisahlah kita pergi rumah siapapun, kesopanan mesti dipelihara. Orang Cina ada adabnya sendiri, tak salah kut kalau diikut. Misalnya apabila memberi dan menerima sesuatu, gunakan kedua-dua belah tangan.

7. Dah pergi sambut tahun baru nanti tak usahlah soal benda yang bukan-bukan atau boleh menyinggung perasaan. Misalnya soalan membabitkan status kahwin, masalah keluarga, gosip dan sebagainya. Sebagai tetamu hormatilah privasi mereka. Anda mungkin akan diberi peluang atau masa yang lebih sesuai tetapi bukan pada tahun baharu.

8. Okay, kalau anda berjiran dengan bangsa Cina, kena faham budaya mereka bermain bunga api – memang bising, tapi ala… Setahun hanya sekali, kita cuba bertoleransi.

Ok, selamat rai rakan-rakan Cina!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.