Ouch! Anu sangkut dalam botol!

Ouch! Anu sangkut dalam botol!

Jangan malas sangat sampai terlebih kreatif menggunakan botol untuk buang air kecil, silap hari bulan, inilah yang berlaku.

FMT,-KL,-Malaysia,-penis,-bottle,-Klang,
fmt-ohsem-inside-article1Sakitnya baca tajuk, lebih sakit lagi alami pendarahan akibat cuba mengeluarkan anu yang tersangkut dalam botol menggunakan gergaji logam.

Ya, itulah yang berlaku pada seorang lelaki awal pagi tadi selepas usahanya untuk menyelamatkan kemaluan yang tersangkut dalam botol air mineral memakan diri.

Dalam kejadian yang berlaku di Pelabuhan Klang awal pagi tadi, lelaki yang berusia 21 tahun dipercayai menggunakan botol air untuk membuang air kecil tetapi “tersekat” apabila kemaluannya tersangkut.

Aduh… Bila salah tempat nak melepas hajat, inilah yang berlaku…

Bila cubaan mengeluarkan kemaluan tidak berjaya, dia guna gergaji logam. Eeks!

Akibatnya, lelaki ini alami pendarahan teruk sehingga terpaksa menghubungi pasukan khidmat khas bomba dari stesen Pelabuhan Klang dan Andalas.

Dalam masa 10 minit pihak bomba berjaya memotong botol air mineral dan menghentikan pendarahan sebelum menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut.

Botol air mineral? Gergaji logam? Boleh anda bayangkan?

Jadi pengajarannya, lain kali, janganlah nak guna “short-cut” pakai botol ke, atau apa-apa yang saya sendiri tak dapat fikirkan. Pergi saja lah ke tandas, apalah susah sangat!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.