Degilnya… Amazon jual barang ke jual kontroversi?

Degilnya… Amazon jual barang ke jual kontroversi?

Amazon terkenal kerana menjual barangan tanpa tapisan moral dan sensitiviti.

amozon-oniline
fmt-ohsem-inside-article1Ish… ish… ish… nampaknya kedai atas talian, Amazon.com tak habis-habis dengan jualan produk kontroversinya. Sepanjang masa ada sahaja benda tak betul, dijual walaupun terang-terangan mengundang perbalahan.

Terbaru, melibatkan produk alas kaki bendera India dan selipar bercetak wajah Gandhi yang menjadi berita pembuka tahun 2017 untuk Amazon. Entahlah kalau mereka cuba dapatkan publisiti percuma dengan berbuat demikian.

Berikut, FMT Ohsem menyenaraikan beberapa kontroversi membabitkan produk jualan dalam Amazon.com sehingga menjadi kebimbangan global.

1. Jual buku panduan mengenai pedofilia?

Ni memang tak patut berlaku! Pada November 2010, timbul kontroversi apabila Amazon dikatakan menjual e-buku oleh Phillip R. Greaves bertajuk The Pedophile’s Guide to Love and Pleasure: a Child-lover’s Code of Conduct. Wujud pelbagai tentangan, namun Amazon mempertahankan tindakannya atas sebab pertahankan hak memutuskan membeli bahan bacaan individu. Bagaimanapun ia kemudian dialihkan dari laman itu.

2. Kontroversi demi kontroversi…

Baju bertulis “I Love Heinrich Himmler” dan “I Love Reinhard Heydrich” yang dijual dalam Amazon seolah bersifat prihatin terhadap pegawai Nazi dan penjenayah perang. Ekoran tekanan daripada pelbagai pihak, Amazon akhirnya menarik balik baju tersebut termasuk baju yang bertulis “I love Hitler” yang dijual untuk pasaran wanita dan kanak-kanak.

3. Tak sensitifnya…

Seorang lelaki mendakwa kasut but yang dibelinya mempunyai imej swastika pada tapak. But yang dijual menerusi Amazon oleh syarikat Polar Fox Boots segera menjadi perhatian pengguna kerana simbol sensitif ini. Swastika ialah logo yang digunakan secara meluas dalam pelbagai kepercayaan dan agama, bukan hanya oleh Nazi Jerman. Syarikat pengeluar but tersebut bagaimanapun tidak mengaku bersalah, akui ia berlaku secara tidak sengaja dan menyalahkan pereka kasut tersebut.

4. Satu lagi pakaian kontroversi dari Amazon ialah baju dan seluar dengan rekaan daun marijuana untuk pasaran kanak-kanak. Sudah tentu ia mendapat tentangan hebat daripada pembeli golongan ibu bapa. Ia didedahkan oleh seorang penjaga dari Florida dan dilaporkan dalam Huffington Post.

5. Amazon dikecam selepas berdegil menjual set pakaian Halloween “tranny granny” yang dianggap menghina golongan transgender. Set pakaian itu termasuk gaun, penutup kepala dan payudara serta span punggung palsu. Amazon bagaimanapun enggan menarik balik jualan pakaian itu…. Ish degilnya.

6. Seorang ibu kecewa selepas terserempak dengan cawan bertulis “Got Retard?” dalam laman Amazon. Teresa Holladay, yang juga ibu kepada kanak-kanak sindrom Down meminta Amazon memohon maaf selain menarikbalik jualannya. “Ia mungkin berbunyi nakal bagi sesetengah orang. Bagi segelintir ia menyakitkan,” katanya dalam satu kenyataan. Tak baik tau!

7. Tahu isu membabitkan agama sensitif tetapi masih tidak belajar dari kesilapan. Sebelum isu alas kaki bendera India, laman ini turut terlibat dalam kontroversi alas kaki dan alas haiwan peliharaan yang bertulis perkataan “Allah”. Walaupun dikecam, namun ia ditarik balik dari pasaran hanya selepas disuarakan oleh Ahli Majlis Birmingham, Mariam Khan. Agaknya, kena ada orang “power” baru Amazon bertindak.

8. Baju bertulis “BULLETPROOF” and “Black Lives Matter” yang dijual di Amazon menerima kecaman kesatuan polis di Amerika selepas mendapati berunsur hasutan. National Fraternal Order of Police (FOP), yang diwakili lebih 330,000 ahli meminta Amazon menarik balik jualan tersebut yang dikaitkan dengan sentimen kaum kulit hitam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.