Lindsay Lohan belum Islam tapi sedang pelajarinya

Lindsay Lohan belum Islam tapi sedang pelajarinya

Ramai tertanya-tanya status agama Lindsay selepas dia memadamkan semua posting bergambar di Instagram kecuali perkataan ‘alaikum salam’.

linsay-1
fmt-ohsem-inside-article1Kecoh Hollywood, kecoh dunia alam maya, kecoh laman sosial, apabila “Mean Girl” ini dikatakan sudah memeluk Islam.

Lindsay Lohan yang terkenal dengan kontroversi berkelakuan mabuk dan melanggar peraturan jalan raya, berlari bogel di London dan sebagainya, kini menjadi buah mulut selepas dikaitkan dengan agama Islam.

Apapun, satu laporan dalam portal PageSix memetik rakannya sebagai berkata, Lindsay belum memeluk Islam tetapi sedang menyiapkan diri dengan ilmu agama itu.

“Lindsay mempelajari ilmu agama Islam supaya dapat memahami secara mendalam perbezaan budaya selain memudahkannya berkomunikasi,” kata rakan kepada pelakon, aktivis dan pemilik kelab itu.

Lindsay dalam satu lawatan ke Turki dilapor dikesan memakai tudung kepala dan membawa al-Quran di tangannya.

Dia juga didapati memadamkan semua posting bergambar di akaun Instagram miliknya kecuali meninggalkan perkataan “alaikum salam”.

linsay-2
Perkara itu ternyata membuatkan orang ramai berteka-teki malah pengikutnya percaya Lindsay sudahpun memeluk agama Islam.

Namun laporan portal MySa pula melaporkan, Lindsay baru-baru ini dilihat tanpa bertudung berpakaian seperti biasa di tempat umum.

IMG_4376-e1484700487910Dua tahun lalu, dalam satu temuramah dengan akhbar The Independent, jurucakap Lindsay pernah berkata selebriti itu belum berhasrat memeluk Islam, cuma sedang belajar mengenai budaya Arab.

Dia juga dilaporkan pernah mengakui beransur pulih daripada ketagihan alkohol dan kokain dalam temuramah dengan Oprah Winfrey.

“Saya besarkan anak saya agar sentiasa memperkayakan ilmu dengan mempelajari perbezaan budaya dan amalan mereka supaya dapat mendekatkan kita dengan mereka dan saling menghormati,” kata ibu Lindsay, Dina kepada PageSix.

Lindsay dibesarkan dalam keluarga Katholik oleh ibu bapa campuran Itali dan Irish.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.