Ada UFO atas Komtar?

Ada UFO atas Komtar?

Sehingga pagi tadi, posting mengenai objek di Pulau Pinang yang dimuat naik ke Facebook dikongsi lebih 6,000 kali dengan 200 komen.

penang-UFO
fmt-ohsem-inside-article1Kapal terbang? Tidak. Burung berterbangan? Juga bukan. Jadi apa tu, takkanlah UFO kot…

Namun itulah tekaan seorang individu terhadap 2 objek yang didapati berterbangan di atas bangunan Komtar, Pulau Pinang.

Dalam satu rakaman yang diviralkan pengguna Facebook, Wang Soon You, kelihatan 2 objek sebelah menyebelah berapungan di udara Georgetown di atas bangunan Komtar.

“UFO kelihatan di awangan Pulau Pinang, boleh percaya tak?” tulis Wang dalam posting Facebook yang dimuat naik semalam sekitar 1.05 petang.

Selain video itu, turut dimuat naik ialah video orang ramai berkumpul memberi reaksi terhadap objek itu.

Sehingga pagi tadi, posting itu dikongsi lebih 6,000 kali dengan 200 komen.

penang-UFO2
Objek tidak dapat dipastikan seperti itu lazimnya banyak dikesan di luar negara, walaupun jarang ditemui di Malaysia, namun tetap ada beberapa kes sedemikian sebelum ini.

Apakah ia UFO (objek tidak dikenali) yang sering dikaitkan dengan makhluk asing atau tidak, belum ada kepastian.

Apa pula pendapat anda? Mungkin ia pesawat khas dari negara luar berada di ruang udara kita setakat untuk bersinggah?

Apakah ia hanya ilusi atau video yang diubahsuai menggunakan aplikasi khas?

Entahlah, apa pun kita tunggu laporan pihak berkuasa untuk mengesahkan objek itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.