Mati 8 jam, hidup semula

Mati 8 jam, hidup semula

Lelaki tua itu menghidap kanser esofagus tenat beberapa hari sebelum diisytihar 'mati' oleh keluarganya.

chinahidupbalik
fmt-ohsem-inside-article1Siapa sangka, seorang lelaki berusia 75 tahun yang disangka mati hidup semula selepas 8 jam berada dalam keranda.

Aduh, nasib baik dirinya tidak dibakar atau ditanam selama tempoh itu!

Sebuah keluarga di perkampungan Yujing di wilayah Sichuan terkejut mendengar ketukan dari peti keranda, mendapati lelaki tua yang disangka mati hidup semula.

Anak kepada lelaki tua itu, Huang Mingquan berkata, bapanya berada dalam keadaan tenat sejak beberapa hari sebelum disangka mati.

“Saya berada bersamanya selama beberapa hari sehinggalah pada pagi itu saya dapati dia berhenti bernafas. Badannya sejuk dan langsung tidak bergerak. Kami isytihar beliau meninggal dunia dan melangsungkan persediaan pengebumian,” katanya kepada portal tempatan, Miaopai.com.

Sebagai persediaan upacara pengebumian, Huang sudahpun menyembelih khinzir, menyediakan kertas bunga, kadbod merah diletakkan di luar rumah sebagai memberitahu orang ramai dan persediaan lain.

Sekitar pukul 5 petang, Huang dan keuarga terdengar bunyi ketukan dari peti keranda, malah penutup keranda itu juga dikatakan terbuka sedikit.

“Saya ke arah keranda untuk menutupnya dan perasan bunyi ketukan dari dalam keranda. Segera membukanya, saya dapati ayah masih hidup,” kata Huang.

Sebaik dikeluarkan dari keranda lelaki tua itu terus bertanya, “Apa yang berlaku?” dan tetamu yang hadir dalam kejutan.

Bapa Huang dilaporkan stabil dan sihat, boleh berkomunikasi seperti biasa.

Hmm… mungkin tuhan beri peluang kedua kepada warga emas ini…

Link video

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.