Janet Jackson jadi ibu pada usia 50 tahun

Janet Jackson jadi ibu pada usia 50 tahun

Kelahiran anak lelaki sulungnya, Eissa Al Mana pada Selasa lalu berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

janet-jackson
fmt-ohsem-inside-article1Hasil perkahwinan ke-3 bersama taikun Qatar, Wissam Al Mana, Janet Jackson kini bergelar ibu pada usia 50 tahun.

Janet dalam satu kenyataan media mengesahkan kelahiran anak lelaki mereka, Eissa Al Mana pada Selasa lalu berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

“Kelahiran berjalan lancar tanpa sebarang tekanan. Segalanya baik, Janet kini sedang berehat,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan BBC.

Janet terpkasa menangguh konsert jelajahnya selepas disahkan hamil anak pertama, hasil perkahwinan dengan Al Mana pada 2012.

Namun, Janet bukanlah satu-satunya bintang Hollywood yang melahirkan anak pada usia lanjut malah pelakon Halle Berry melahirkan anak ke-2 pada usia 47 tahun.

Tiga tahun lalu, isteri pelakon John Travolta, Kelly Preston pula melahirkan anak ke-3 pada usia 48 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.