Harith Iskander terkejut terima penghargaan kerajaan

Harith Iskander terkejut terima penghargaan kerajaan

Ia penghargaan tertinggi yang pernah diterima Harith Iskander sepanjang 26 tahun bergelar anak seni.

harith-iskander
fmt-ohsem-inside-article1Pelawak popular, Harith Iskander menerima penghargaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai pengiktirafan kejayaannya memenangi pertandingan The Funniest Person In The World, awal bulan lalu.

Pengiktirafan itu menyaksikan Harith, 50, menerima trofi yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Pada 10 Dis lepas, Harith diumumkan juara pertandingan Laugh Factory Funniest Person in the World di Finland, menewaskan 4 finalis lain, sekali gus membolehkannya menerima hadiah AS$100,000 (RM443,000).

Sementara itu, Harith ketika ditemui pemberita berkata beliau berterima kasih kepada kementerian atas penghargaan itu.

“Saya masih terkejut dengan apa yang berlaku dan sepanjang 26 tahun bergelar anak seni, inilah penghargaan tertinggi yang saya terima,” katanya.

Menjelaskan mengenai perancangan masa depan, Harith berkata beliau akan melakukan persembahan komedi dalam jelajahnya di Amerika Syarikat sebagai memenuhi syarat penganjur pertandingan bermula Februari ini.

“Peluang mengadakan persembahan di sana akan saya gunakan untuk meletakkan lawak solo Malaysia pada standard lebih tinggi supaya ia lebih dikenali,” katanya.

Harith berkata beliau merancang mengadakan konsert besar-besaran akhir tahun ini untuk mengetengahkan bakat solo komedi tempatan bagi memperkembangankan lagi industri itu di negara ini.

Harith Iskander menang anugerah individu paling lucu di dunia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.