Dr Vida, Siti Kassim, Geethanjali curi tumpuan sepanjang 2016

Dr Vida, Siti Kassim, Geethanjali curi tumpuan sepanjang 2016

FMT Ohsem pilih 10 wanita yang membuatkan tahun 2016 anda lebih menarik, menghiburkan dan terkesan dengan tindakan mereka.

siti-vida

fmt-ohsem-inside-article1Hujung tahun biasanya menjadi tempoh untuk buat wrap up.

FMT Ohsem juga mahu berbuat sama dengan menyenarai wanita paling popular sama ada dalam laman sosial, politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas sebab positif atau sebaliknya.

Ini pilihan pembaca FMT Ohsem selain beberapa tambahan lain yang dilihat “sesuai” dan “menghiburkan”.

Senarai ini dibuat secara rambang, bukan mengikut aturan nombor.

1. Maria Chin

Aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak wanita di Malaysia dan ketua gerakan Bersih, menjadi bahan berita apabila ditahan di bawah Sosma selepas menjayakan perhimpunan Bersih 5.

Peguam terkejut Maria ditahan di bawah Sosma

2. Siti Kassim

Terkenal dengan kelantangan suara dan berani, aktivis dan peguam ini terkenal memperjuangkan isu komuniti Orang Asli. Selain itu, beliau popular selepas insiden menunjukkan jari tengahnya dalam wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah. Menurut Siti, jari tengahnya ditujukan khas untuk “Islamis jahat” dan “si bodoh yang dicuci otak” yang hadir.

Bukan kerana jari hantu, tetapi kerana wanita lantang, kata peguam Siti Kasim

3. Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Persaraan wanita besi sebagai gabenor Bank Negara Malaysia ke-7 menjadi perhatian semua. Kemampuannya mengendalikan BNM dan ekonomi negara turut diiktiraf di seluruh dunia. Pelbagai kontroversi dan spekulasi wujud sebelum dan pada saat persaraan beliau.

“Saya tak benarkan BNM terheret dalam isu politik.” – Zeti

4. Datin Paduka Marina Mahathir

Aktivis sosial dan anak bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi ikon laman sosial selain tugasnya sebagai aktivis bersama Sisters In Islam (SIS). Tahun ini beliau menerima anugerah terhormat, Chevalier de la Légion d’Honneur (Knight in the Legion of Honour) daripada kerajaan Perancis.

Marina Mahathir ‘knighted’ by France for her work

5. Norsarfinaz Mohd Azman

Ketua Puteri Umno Jerantut Pahang menjadi bintang semalaman selepas menyampaikan ucapan kritikan dalam Perhimpunan Umno tahun ini. Beliau secara terbuka menyelar pemimpin yang cuba memperbodohkan rakyat.

Usah bodohkan rakyat lagi, kata perwakilan Puteri

6. Datuk Geethanjali G

Lebih terkenal dengan kontroversi, wanita ini tampil dengan beberapa keratan video sama ada dilakon khas atau dirakam dalam majlis mempamerkan kebolehannya berlakon, menyanyi, menari dan melakukan aksi seni pertahankan diri. Beritanya dilantik sebagai penasihat khas media Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan ditarik balik dalam masa kurang 24 jam menjadi viral.

Kurang 24 jam menteri tarik balik pelantikan bekas model sebagai penasihat

7. Yuna

Namanya dijulang sepanjang tahun ini kerana kejayaan dalam bidang hiburan antarabangsa. Lagunya disenarai dalam kategori Best Original Song Oscar. Dia juga mendapat pengiktirafan laman hiburan Rolling Stone yang menamakan album ketiganya, Chapters sebagai album R&B terbaik tahun ini. Namun, wanita muda ini turut terlibat dalam kontroversi selepas dikatakan memeluk penyanyi Usher dalam satu konsert dan kesan gigitan di leher.

Yuna seiiring Beyonce, Rihanna

8. Pandelela Renong

Mengharumkan nama negara dalam bidang sukan terjun. Walaupun tidak memenangi sebarang pingat secara solo dalam sukan Olimpik Rio, dia masih dianggap bintang sepanjang perjalanan sukan itu. Bagaimanapun, Pandelela bersama temannya Jun Hoong, berjaya memenangi pingat pertama negara bagi Olimpik Rio 2016 dengan memenangi tempat ke-2 dalam acara 10m platform seirama wanita.

Malaysia menang pingat perak di Rio

9. Ratu Naga

Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga menjadi bahan selepas memuatnaik posting jelik mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor dan Sultan Ahmad Shah. Baru-baru ini, dia diserang dengan telur dan cat selepas kononnya mahu menghantar bekalan air ke rumah Datuk Seri Jamal Yunos ekoran tindakannya minta kebenaran mandi di pejabat SUK Selangor.

Masih berpantang, Ratu Naga dibawa ke balai tengah malam

10. Datuk Vida

Terlalu ramai untuk disenaraikan sepanjang tahun ini tetapi Datuk Vida wajar tersenarai antara wanita paling popular tahun ini. Daripada isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan, merebut mikrofon dalam rancangan siaran langsung, isu tidak membayar cukai, produk pemutihnya yang diharamkan, kegagalan kemuka penyata GST dan banyak lagi. Fuh, penat!

TMJ beli kipas ‘pink’ untuk Dr Vida

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.