Wanita cipta rekod pecah tembikai guna paha

Wanita cipta rekod pecah tembikai guna paha

Wanita berusia 30 tahun itu bercita-cita menjadi wanita paling gagah di dunia.

olga

Jika anda mampu berfikir di luar kotak dengan aksi mengujakan maka anda mungkin berpeluang memahat nama dalam Rekod Dunia Guiness (GWR).

Baru-baru ini video seorang wanita Ukraine, Olga Liashchuk memecahkan tembikai menggunakan kedua-dua pahanya menjadi viral.

Sebenarnya, ia sebahagian daripada aksi untuk dimuatkan dalam GWR 2016.

Olga dari Kiev, Ukraine berjaya mencipta rekod dunia dengan memecahkan 3 tembikai menggunakan pahanya dalam masa 14.65 saat di Studio Mediaset di Milan, Itali.

Wanita berusia 30 tahun itu bercita-cita menjadi wanita paling gagah di dunia.

Olga mengakui aksi itu agak mencabar dan memerlukan banyak tenaga berbanding jangkaan awalnya ia boleh dilakukan dengan mudah.

Olga mengelap pahanya setiap kali selepas memecahkan tembikai supaya kulitnya tidak licin bagi mengelakkan tembikai tergelincir.

Selain aksi ini, beberapa aksi pelik dan unik yang lain juga bakal disenaraikan dalam GWR 2016.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.