Bermacam alasan untuk bercerai

Bermacam alasan untuk bercerai

Satu laporan berita mengesahkan hampir 156 pasangan Islam bercerai setiap hari dan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh 6 tahun.

divorce
fmt-ohsem-inside-article1Hubungan suami isteri boleh retak atas apa sahaja sebab tidak masuk akal. Ia termasuk alasan yang dianggap remeh dan kelakar oleh kebanyakan orang.

Satu laporan berita mengesahkan hampir 156 pasangan Islam bercerai setiap hari dan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh 6 tahun.

Berikut antara sebab tidak masuk akal yang mengundang perceraian.

 

1. Ketagih permainan video
Anda jengkel dengan perangai suami yang khusyuk bermain permainan video sehingga lupa tanggungjawabnya? The Huffington Post pernah melaporkan kira-kira 16 pasangan hampir bercerai dan terpaksa mendapatkan khidmat nasihat kaunselor sejak aplikasi Pokemon Go dilancarkan.

2. Suami terlalu baik
Terlalu baik pun bermasalah bagi sesetengah wanita. Tonton video di bawah.

3. Suami melarang tonton televisyen
Apa? Cerai kerana menonton drama bersiri di televisyen? Lihatlah di mana wanita kita sekitar 6 petang hingga 9 malam. Ia bukan sebab kukuh untuk menceraikan isteri tetapi dipercayai ia turut disokong alasan lain.

4. Media sosial
Media sosial seperti Snapchat, Viber chat, Messenger, WhatsApp menjadi penyebab perceraian utama zaman digital. April lalu, seorang wanita Arab diceraikan 2 jam selepas berkahwin kerana melanggar perjanjian dan memuat naik foto perkahwinan menggunakan aplikasi Snapchat. Ada yang masih meletak status “Single” atau “It’s complicated” dalam Facebook sedangkan mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak juga antara punca perceraian.

5. Sifat terlampau bersih suami atau isteri
Juga dikenali sebagai kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dalam terma perubatan. Seorang individu terlalu mementingkan kebersihan atau kesempurnaan sehingga membuatkan pasangannya jengkel. Di Jerman, seorang wanita meminta diceraikan selepas 15 tahun berkahwin kerana tidak tahan dengan perangai suami yang terlalu pembersih.

go-fund-me

6. Anak kurang upaya
Samuel Forest yang memperjuangkan kempen GoFundMe dikenali “Bring Leo Home” adalah contoh paling popular. Dia ditinggalkan isterinya kerana tidak mahu menyimpan dan menjaga anaknya yang menghidap penyakit sindrom down. Isterinya memfailkan perceraian dan sejak itu dia dikecam dalam laman sosial.

7. Badan berbau busuk, pengotor, pemalas
Seorang suami berusia 55 tahun di Nigeria mengugut menceraikan isterinya kerana bau badan, pemalas dan pengotor. Elder Musa Ajuwa mengakui tidak tahan tidur bersama isterinya Hauwa, 30, yang turut tidak memenuhi kewajipan isteri selama 3 tahun mereka berkahwin.

8. Suami tidak solat, puasa, tunai kewajipan agama
Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan selepas 5 hari berkahwin kerana suaminya tidak memenuhi tuntutan Islam. Portal al-Marsad melaporkan wanita itu berang apabila mendapati suaminya tidak menunaikan solat 5 waktu (amalan wajib bagi umat Islam).

9. Pasangan terlalu rendah, gemuk, gelap
Disebabkan tidak tahan sering dihina hanya kerana bersuamikan lelaki rendah, seorang wanita dari Qatiff, Arab mengambil keputusan untuk menuntut cerai. Katanya, dia malu dan tidak tahan dihina masyarakat kerana fizikalnya yang jauh lebih tinggi daripada suaminya.

10. Tidak boleh terima kebebasan wanita
Seorang lelaki menceraikan isterinya selepas wanita itu menghantar videonya sedang memandu. Ini turut berlaku kepada suami yang tidak boleh menerima aktiviti sosial wanita seperti pergi ke gim, keluar dengan rakan, bekerja dan sebagainya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.