Lelaki Malaysia lamar wanita Poland dari jambatan tertinggi dunia,

Lelaki Malaysia lamar wanita Poland dari jambatan tertinggi dunia,

Awalnya, Wee Loong membuat rakaman lamaran di atas kren bangunan tertinggi dunia yang sedang dalam pembinaan di Beijing, China, Menara Tianjin Goldin 117.

proposal-1
fmt-ohsem-inside-article1Video “The Proposal” bukan mengenai filem lakonan Sandra Bullock dan Ryan Reynolds, ini adalah mengenai lamaran sebenar oleh seorang lelaki kepada wanita yang dicintainya.

Jangan terlalu terbuai dengan sentimen romantis kerana aksi yang dilakukan oleh lelaki bernama Keow Wee Loong bersifat lasak dan penuh risiko. Wajarlah kami nasihat anda awal-awal supaya tidak mencubanya, langsung. Mungkin ini bukan cara kita!

 

Wee Loong memuatkan elemen cabar dalam melamar teman wanitanya, seorang warga Poland dengan memanjat jambatan Beipanjiang Bridge Duge (Beipanjiang) di Guizhou, China. Ia bukan sebarangan jambatan tetapi jambatan tertinggi di dunia dengan 565 meter tinggi dan 720 meter panjang.

proposal-2

Ketika dihubungi FMT Ohsem, Wee Loong sedia menceritakan perjalanan lamaran yang pada mulanya dilakukan di atas kren bangunan tertinggi dunia yang sedang dalam pembinaan di Beijing, China, Menara Tianjin Goldin 117.

“Kami (Wee Loong dan rakannya, Abraham) ditangkap pihak keselamatan, kamera dirampas, semua footage dipadam. Selepas itu kami beralih ke jambatan Beipanjiang yang juga sedang dalam binaan,” katanya.

Wee Loong mula jatuh cinta dengan wanita Poland, Marta Sibielak sewaktu penjelajahannya ke kota Fukushima yang ditinggalkan selepas tragedi kebocoran nuklear dan tsunami yang memusnahkan.

Menurutnya, ketika berada di Tokyo dia yang kehilangan semua duit terpaksa mencari lokasi yang mempunyai sambungan Internet dan mendekati sebuah kedai runcit di sana. “Saya terkejut melihat Marta. Dia akui terpaksa bekerja di 3 tempat untuk menanggung kos hidup yang sangat tinggi di Tokyo. Dari situ kami berkawan dan kerap meluangkan masa bersama. Dia menawarkan saya tempat tinggal dan menjaga saya dengan baik,” katanya.

Sebagai balasan dan berputiknya cinta, Wee Loong berjanji untuk “menjaganya dengan baik pada masa hadapan”.

Wee Loong berkata dia tidak melalui apa-apa proses mendapatkan kebenaran secara rasmi untuk memanjat jambatan itu. Ini kerana segalanya berlaku secara pantas. “Rancangan saya asyik berubah, saya tidak merancang, kami pergi ke sana dan panjat jambatan itu. Saya mempunyai wang dan masa yang terhad,” katanya.

Wee Loong dibantu rakannya, juruvideo Abraham Shilton Calamba selain menggunakan drone DJI Phanton 4 semasa merakam detik lamaran di atas kren di jambatan itu.

Apa reaksi Marta?

Siapa yang akan katakan tidak, untuk percubaan yang penuh risiko itu, Marta sepatutnya lebih daripada menghargai.

“Dia menerima lamaran saya!” kata Wee Loong. Tetapi bagaimana dia menerimanya? Wee Loong membuat satu lagi kejutan.

“Saya berurusan dengan sebuah pawagam untuk memainkan klip video yang dirakam di jambatan Beipanjiang dan melamarnya selepas rakaman itu dimainkan secara mengejut, malangnya ia dibatal pada minit terakhir.

“Selepas itu saya terbang ke Bali bersamanya dan membuat lamaran mengejut semasa kami di sebuah restoran. Saya memuatnaik video itu di Facebook. Dia berkata, ya! Selepas makan malam saya memberikannya cincin,” katanya.

Wee Loong sebelum ini banyak terlibat dalam aktiviti penuh risiko seperti memanjat bangunan kedua tertinggi di Dubai, Marina 101 ketika dalam pembinaan, memanjat Roda Ferris di Hong Kong, mendaki gunung berapi aktif di Indonesia dan banyak lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.