Kanak-kanak Afrika terima anugerah ‘Puteri Komedi’ You Tube

Kanak-kanak Afrika terima anugerah ‘Puteri Komedi’ You Tube

Video Mark Angel Comedy lakonan Emmanuella menerima langganan paling banyak dalam Kategori Edisi Pencipta Sulung Anugerah YouTube Afrika Sub-Sahara (SSA).

emmanuel
fmt-ohsem-inside-article1Siapa tidak kenal kanak-kanak Afrika bernama Emmanuella yang berwajah nakal dengan sindiran bersahaja dan berkelakuan kelakar?

Bintang You Tube dan laman sosial itu popular selepas beberapa rakaman video genre komedinya tersebar luas sekali gus menaikkan nama kanak-kanak perempuan ini.

Emmanuella yang baru berusia 6 tahun menerima anugerah “Puteri Komedi” YouTube, bagi siri video komedinya, Mark Angel Comedy.

Siri itu menerima langganan paling tinggi dalam Kategori Edisi Pencipta Sulung Anugerah YouTube Afrika Sub-Sahara (SSA), lapor portal Vanguard.

Mark Angel, salah satu watak lelaki muda dalam siri komedi itu merupakan sepupu kepada Emmanuella yang melatih kanak-kanak itu dalam bidang lakonan menerusi Yayasan Mark Angel.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YouTube, Susan Wojcicki, Anugerah YouTube SSA adalah salah satu cara Google meraikan pencipta kreatif dari benua Afrika.

“Anugerah YouTube meraikan bakat dan kreativiti pengguna yang menggunakan YouTube sebagai platform untuk berkongsi hasil mereka (Afrika) dengan seluruh dunia.

“Menerusi anugerah SSA YouTube ini, kami mahu terus komited untuk meraikan lebih banyak pencapaian luar biasa. Ini termasuk persembahan pemenang pingat emas Olimpik, Julius Yego. Kami juga mahu menunjukkan komitmen dalam jangka panjang kepada benua ini”, katanya.

Susan Wojcicki menambah, Anugerah YouTube itu disampaikan kepada 25 pencipta merangkumi 23 kategori dan semua calon pemenang dipilih berdasarkan bilangan pelanggan.

Antara video Emmanuella paling banyak ditonton:

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.