

Barbie juga telah melalui beberapa fasa pembaharuan, salah satunya ialah pengenalan patung Barbie menggunakan model selebriti dan ikon antarabangsa.
FMT Ohsem menyenaraikan beberapa selebriti dan ikon utama dunia yang dipilih menjadi model patung Barbie.
1. Fesyen Jennifer Lopez dalam majlis karpet merah Oscar 2012 menggayakan busana Zuhair Murad menjadikan dirinya di’bentuk’ semula sebagai patung Barbie pada tahun berikutnya oleh pereka, Robert Best.
2. Pereka Mattel, Amy Lee menggunakan imej Katy Perry berpakaian gaun cupcake tiga tingkat dan rambut palsu biru ketika menyanyikan lagu “I Kissed A Girl” pada Jelajah California Girls. Diilhamkan sebagai item pengumpul, patung itu turut mempunyai tatoo, stokin jaring, aksesori kristal Swarovski, mikrofon dan kasut berkilat warna merah jambu.
3. Disanjung sebagai antara pasangan yang terus bergemerlapan dalam seni muzik, Faith Hill dan Tim McGraw menjadi model pasangan Barbie dan Ken. Imej mereka memegang mikrofon diperkenalkan dengan Hill berpakaian dress labuh berenda manakala McGraw dalam sut hitam dengan topi cowboy.
4. Pelakon Jennifer Lawrence menjadi model Mattel yang diinpirasikan daripada Hunger Games, (watak) Katnissdoll. Patung Barbie itu dipersembahkan dalam gaya paling mencabar seperti watak dalam siri tersebut, mengenakan baju-t potongan V, seluar militari dengan poket kargo dan but. Turut diselitkan bersama ialah senjata panah dan busur.
5. Pelakon jelita Heidi Klum dijadikan model Barbie dalam edisi Koleksi Barbie Blonde Ambition sebagai meraikan wanita berambut blonde dalam industri seni. Patung itu digayakan dengan dress mini bertatah manik.
6. Pada Ogos 2005 selepas Destiny’s Child yang dianggotai Michelle Williams, Beyoncé Knowles dan Kelly Rowland dibubar, Mattel menyatukan mereka menerusi set patung Barbie. Baju patung itu direka menggunakan khidmat pereka pakaian kumpulan itu, Tina Knowles.
8. Patung Barbie berkonsep Harajuku menggunakan imej model Nicki Minaj. Patung tersebut digayakan menggunakan rambut palsu merah jambu terang, gaun tulle dan but platform merah jambu, seperti mana yang dipakai Minaj dalam muka hadapan album Pink Friday.
9. Pada Februari 2012, 2 bulan sebelum ulang tahun perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge, Mattel mengeluarkan pasangan patung perkahwinan diRaja. Ia melibatkan imej Kate Middleton dalam busana kahwinnya rekaan Sarah Burton untuk Alexander McQueen maanakala Putera William digunakan untuk patung Ken berpakaian seragam Irish Guards berwarna merah dilengkapi aksesorinya.
10. Antara selebriti yang kerap menjadi model Barbie ialah Cher. Paling signifikan ialah imej ‘native American’ Cher ketika menyampaikan lagu “Half Breed” pada tahun 1973. Ia direka semula oleh Bill Greening dengan bantuan pereka pakaian Cher, Bob Mackie. Barbie dihiasi dengan bulu dan pakaian ala masyarakat natif Amerika dilengkapi aksesorinya.
11. Jelitawan Amerika Latin, Penelope Cruz juga menjadi model imej Barbie bersempena filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. Patung itu digayakan dengan kemeja putih lanun, vest bercetak paisley, seluar ketat, but paras lutut, rantai berloket ‘t’ dan fedora hitam. Tidak ketinggalan pedang dan sarungnya.
12. Pelakon Lindsay Lohan turut digunakan sebagai model Barbie selepas filemnya Mean Girls berjaya di layar perak. Patung yang dihasilkan dengan irasnya, rambut merah, wajah berjeragat, dress singkat berenda dan kot berbulu.
13. Demi membawa kepelbagaian budaya dan kaum, Mattel menggunakan imej selebriti Asia Fan Bingbing. Patung Barbienya digayakan dengan dress berlengan sebelah, potongan ikan duyung dengan warna kuning terang yang bercorak rekaan Laurence Hsu, diinspirasi daripada pakaiannya pada Festival Filem Cannes 2010.