Tilikan tangan Hillary dan Donald dedah beberapa perkara menarik

Tilikan tangan Hillary dan Donald dedah beberapa perkara menarik

Bersempena dengan hari pengundian presiden Amerika Syarikat, mari kita lihat apa kata tilikan tapak tangan tentang calon-calonnya.

unnamed
Kredit gambar: www.hillaryclinton.com dan www.donaldjtrump.com
fmt-ohsem-inside-article1Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai cap jari dan corak di tapak tangan yang berbeza. Sebuah laman web terkenal, People.com menggunakan imej tapak tangan dan cap jari kedua calon presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan Donald Trump untuk menilik dan menilai kehidupan mereka.

1. Tangan dan ibu jari – Mendedahkan pengaruh keturunan dan watak. Oleh kerana kedua-dua calon menggunakan tangan kanan, tangan dominan digunakan untuk tilikan.

Hillary Clinton (HC): Corak bersegi dengan jari memanjang menunjukkan intelek semula jadi yang tinggi. Pandai berkomunikasi dan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mencapai matlamat sehingga menyebabkan diri berada dalam tekanan yang besar. Lebih fleksibel dan memutuskan keputusan yang logik.

Donald Trump (DT): Jarinya lebih kontot dan pendek daripada tapak tangan. Ini menggambarkan orang yang mampu membuat pelbagai perkara tetapi sukar untuk berurusan kerana emosinya. Bersemangat keusahawanan yang kuat tetapi tidak suka butiran. Boleh menjadi fleksibel, tetapi sentiasa memilih untuk berurusan secara logik. Bersikap sombong.

2. Garis jangka hayat (life line) – Mengukur pencapaian, tempoh kesukaran, emosi dan kesihatan secara keseluruhan.

HC: Memandu hidupnya dengan penuh dedikasi selepas usia 30 tahun. Beliau juga memilih untuk menuntut ilmu sepanjang hayat. Direstui dengan kesihatan dan perlindungan.

DT: Zaman kanak-kanak ke zaman remajanya tidak lancar tetapi membesar sebagai seorang yang teguh, penuh bersemangat dan sentiasa mencari pengalaman baru.

palm-inside
Gambar people.com

3. Garis kepala (head line) – Kehebatan intelektual, keupayaan berfikir dengan jelas dan berkomunikasi.

HC: Tidak boleh memisahkan kerjaya dari kehidupan peribadi. Mempunyai penguasaan bertulis dan kepentingan dalam undang-undang. Ia juga menunjukkan seorang yang praktikal dan imaginatif.

DT: Sifat yang hampir sama dengan Hillary iaitu tidak boleh memisahkan kerjaya dari kehidupan peribadi. Berpandangan objektif, lebih suka kepada pendekatan langsung dalam berkomunikasi dan tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.

4. Garisan hati (heart line) – Menilai emosi dan keupayaan memberi dan menerima kasih sayang sepanjang hidup.

HC: Sejak peralihan zaman kanak-kanak kepada remaja, beliau menjadi semakin kuat. Petanda yang baik, menunjukkan emosi keseluruhan yang baik dengan semangat yang besar untuk suami dan keluarganya.

DT: Kekurangan sokongan emosi pada awal kehidupan. Mengalami pelbagai kedalaman emosi dan lebih berorientasi seksual. Seorang yang memahami rakan, teman atau pasangan yang baik adalah penting untuk kebahagiaan.

5. Garisan Takdir (fate line) – Menjejak kehidupan profesional dan halangan sepanjangnya.

HC: Memegang beberapa jawatan dan seorang yang menerima nasihat walaupun ia tidak membawa kelebihan. Menghadapi gangguan tetapi berjaya kembali ke jalannya. Kerjayanya akan memuncak selepas usia 60 tahun dan tidak mempunyai istilah bersara dalam hidup.

DT: Cita-cita dalam bidang keusahawanan bermula awal dan memandu secara agresif atas kejayaan materialnya. Sering tersasar tetapi berjaya membina semula kemajuannya. Sama seperti Hillary, kerjayanya memuncak selepas usia 60 tahun, ia adalah tempoh yang sangat berjaya dan tidak akan ada persaraan.

Bagaimanapun laporan tilikan itu tidak meneka yang mana di antara kedua calon ini bakal dilantik ke Oval Office di White House. Sama-sama kita nantikan keputusannya!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.