
PETALING JAYA: Selebriti Rozita Che Wan yang sering dikaitkan dengan percutian mewah ke serata pelusuk dunia mendedahkan perancangannya ke London pada Ahad lalu terbantut.Ini berikutan beliau disekat ke luar negara kerana menghadapi masalah cukai tertunggak.
Bercakap kepada Berita Harian Online, Rozita berkata perancangannya ke London kali ini adalah untuk menyambut hari lahir anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang ke-2.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta berkata jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu adalah tinggi dan beliau tidak mampu menjelaskannya sekali gus.
Jelas pelakon yang berasal dari Kedah itu, segala persiapan sudah dibuat untuk meraikan hari jadi Aaisyah di London, termasuk tempahan lokasi.
Sambutan itu akhirnya dibuat di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur semalam, berdasarkan kepada muatnaik gambar di akaun Instagram Rozita.
Mengulas lebih lanjut ketika ditemubual Berita Harian Online, Che Ta yang mengakui perlu menjelaskan tunggakan cukainya berkata perjumpaan sudah dibuat dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berikutan ketidakmampuannya untuk membayar walaupun separuh daripada jumlah tersebut buat masa ini.
Aaisyah merupakan anak Che Ta bersama suaminya pelakon Zain Saidin. Sebelum menikahi Zain, Che Ta sudah mempunya 3 orang anak daripada perkahwinan terdahulu.
Baru-baru ini, Che Ta dan keluarga terbang ke Santorini, Greece untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Ammar Effendy.
Sebelum itu, mereka sekeluarga juga bercuti ke Sydney, Australia.
Che Ta yang mempunyai 2.6 juta pengikut di Instagram sering berkongsi kisah percutiannya bersama peminatnya di laman media sosial tersebut.