Musk ingatkan Ukraine andai Starlink ditutup

Musk ingatkan Ukraine andai Starlink ditutup

Elon Musk berkata sistem internet Starlink menjadi tulang belakang ketenteraan Ukraine dalam perang melawan Rusia.

Russia Ukraine War
Elon Musk berkata, seluruh barisan hadapan negara itu akan runtuh jika beliau memutuskan tutup perkhidmatan Starlink. (Gambar AP)
MOSCOW:
Usahawan jutawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk berkata sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine, sambil memberi amaran barisan hadapan negara itu akan runtuh jika beliau memutuskan menutup perkhidmatan berkenaan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Sistem Starlink saya adalah tulang belakang tentera Ukraine. Seluruh barisan hadapan mereka akan runtuh jika saya menutupnya,” kata Musk menerusi platform X.

Beliau turut menyeru supaya konflik ditamatkan.

Terdahulu, media Barat melaporkan bahawa rundingan antara perunding AS dan Ukraine mengenai akses syarikat-syarikat Amerika kepada sumber mineral Ukraine didakwa turut menyentuh kemungkinan memutuskan akses Ukraine kepada Starlink. Bagaimanapun, Musk menafikan dakwaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.