
Pesawat itu berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan didapati terputus hubungan pada jam 11.30 pagi, menurut TUDM.
Hawk 108 merupakan pesawat buatan Britain dan mula digunakan TUDM sekitar 1996.
Ia merupakan pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan yang boleh ditugaskan sebagai pesawat bantuan rapat udara.
Kejadian terakhir yang membabitkan kemalangan juruterbang berlaku tahun lalu apabila sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pengkalan Udara TUDM di Pulau Pinang, mengorbankan seorang juruterbang.
Sejak tahun 1991, dilaporkan 2 kejadian berlaku membabitkan pesawat Hawk 108, iaitu pada 18 Jun 1996 dan 2 Oktober 2000.