
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa Rudie Lan, 31, ditemukan pada 9.41 malam tadi oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di kedalaman kira-kira lima meter dan dalam radius satu meter dari lokasi terakhirnya.
“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis pada 9.55 malam untuk tindakan lanjut sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada 10.08 malam,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.05 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi.
Berdasarkan maklumat pengadu, ketika kejadian mangsa sedang beriadah bersama keluarganya dan dipercayai terjun ke dalam air untuk mandi, sebelum gagal dikesan.