Pemain ragbi Sukma P Pinang meninggal dunia ketika latihan

Pemain ragbi Sukma P Pinang meninggal dunia ketika latihan

Polis berkata pemuda itu rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan kira-kira 5.30 petang semalam.

mayat
Timbalan Ketua Polis Kulim Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata pegawai perubatan mengesahkan pemain ragbi yang tiada sejarah penyakit itu sudah meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kulim. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:
Seorang pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang meninggal dunia ketika menjalani latihan di padang bola Batalion 2 Pasukan Gerakan Am di Kulim, Kedah.

Timbalan Ketua Polis Kulim, Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng, berkata ibu pemain itu dimaklumkan jurulatih ragbi bahawa anaknya rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan kira-kira 5.30 petang semalam.

Menurutnya, Muhammad Adam Putra Syahril, 21, yang tidak memberikan sebarang respons selepas diberikan bantuan awal, dibawa ambulans ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan pemuda itu sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Siasatan mendapati beliau tidak mempunyai sejarah penyakit sebelum ini dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah kes diklasifikasikan mati mengejut.

Beliau berkata, mangsa menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Arau, Perlis dan sedang menjalani latihan amali di Kulim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.