
Solat sunat yang diadakan sebagai ikhtiar memohon hujan susulan cuaca panas berpanjangan itu diimamkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.
Turut berkenan berangkat menunaikan solat bermula 8 pagi itu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Doa Al-Istisqa’ turut akan dilaksanakan di masjid-masjid seluruh Perlis ketika khutbah Jumaat, bermula esok.
Seluruh umat Islam di Perlis juga diseru supaya memperbanyak doa sepanjang musim kemarau ini dan memohon keampunan agar negeri segera dikurniakan hujan serta dijauhkan daripada musibah.