Mayat 2 beranak maut lebih 48 jam ditemui dalam rumah

Mayat 2 beranak maut lebih 48 jam ditemui dalam rumah

Polis berkata tiada kesan kecederaan akibat senjata tajam dan kes diklasifikasikan mati mengejut sementara tunggu keputusan bedah siasat.

kes bunuh sg petani
Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata mayat anak lelaki berusia 40-an dan ibunya berusia 70-an ditemui di ruang tamu serta dapur. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mayat dua beranak disyaki meninggal dunia lebih 48 jam ditemui dalam sebuah rumah di Bedong, dekat Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata aduan orang awam diterima sekitar 6.05 petang dan anggota yang tiba di lokasi terpaksa memecah masuk rumah berkunci dari dalam itu.

“Mayat dua beranak itu, iaitu anak lelaki berusia 40-an dan ibunya berusia 70-an ditemui bahagian ruang tamu serta dapur,” katanya menurut Sinar Harian.

beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan akibat senjata tajam dan kes diklasifikasikan mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.