Bank Rakyat lancar AI Fiqh Scholar

Bank Rakyat lancar AI Fiqh Scholar

Platform AI berteraskan Syariah itu bagi memperkukuh integrasi teknologi digital dan kewangan Islam.

Ahmad Shahril Mohd Shariff
Ahmad Shahril Mohd Shariff (dua kanan) melancarkan AI Fiqh Scholar Version. (Gambar Bank Rakyat)
PETALING JAYA:
Bank Rakyat melancarkan AI Fiqh Scholar Version, sebuah platform kecerdasan buatan (AI) berteraskan syariah, bagi memperkukuh integrasi teknologi digital dan prinsip syariah dalam kewangan Islam.

Pelancaran platform dibangunkan bersama rakan strategik, Fiqh Tech Sdn Bhd itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Shahril berkata, pelancaran itu mencerminkan komitmen berterusan Bank Rakyat sebagai institusi kewangan pembangunan patuh syariah dalam menerajui inovasi yang menggabungkan teknologi dan nilai Islam secara menyeluruh.

“Peranan institusi kewangan bukan sekadar menyediakan penyelesaian kewangan, tetapi juga memperkasa nilai syariah, memperkukuh tadbir urus dan memastikan inovasi memberi manfaat kepada kesejahteraan ummah,” katanya..

Beliau berkata, AI Fiqh Scholar menawarkan jaminan ketulenan dan kesahihan sumber rujukan syariah tanpa unsur fabrikasi maklumat, sekali gus membuktikannya boleh digabungkan dengan teknologi untuk menghasilkan impak positif dalam dunia digital.

Sebagai nilai tambah kepada masyarakat, 8% daripada yuran langganan AI Fiqh akan disalurkan ke Dana Wakaf Tunai Bank Rakyat selama tempoh lima tahun bagi menyokong pelaburan dan projek berasaskan wakaf.

AI Fiqh kini digunakan oleh pengguna dari 72 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Mesir dan Jerman, menunjukkan penerimaan global terhadap solusi kewangan Islam berasaskan AI.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.