Pemandu mabuk ditahan rempuh palang keselamatan Istana Negara

Pemandu mabuk ditahan rempuh palang keselamatan Istana Negara

Polis berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Pemandu mabuk ditahan rempuh palang Istana Negara PDRM pic 23126
Keadaan di Pintu 2 Istana Negara selepas palang keselamatan dirempuh pemandu mabuk awal pagi tadi. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR:
Seorang pemandu mabuk ditahan selepas merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku 3.30 pagi tadi membabitkan seorang lelaki 21 tahun yang memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis sudah merakam percakapan, menjalankan ujian pernafasan pemandu dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan pemandu ialah 166mg per 100ml darah, melebihi had dibenarkan.”

Menurutnya, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan pemandu itu dituduh mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.