BNM kekalkan OPR 2.75%

BNM kekalkan OPR 2.75%

Paras OPR semasa kekal sesuai dan menyokong ekonomi di tengah-tengah kestabilan harga, kata bank pusat.

Bank Negara Malaysia
OPR kali terakhir diselaraskan pada Julai 2025, apabila BNM turunkan kadarnya daripada 3%.
PETALING JAYA:
Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75% susulan mesyuarat jawatankuasa dasar monetarinya hari ini.

Dalam kenyataan, bank pusat itu berkata, kadar OPR semasa kekal sesuai dan menyokong ekonomi di tengah-tengah kestabilan harga.

Menurutnya, pertumbuhan global pada 2025 lebih kukuh daripada jangkaan, disokong tarif yang lebih rendah daripada dijangka, perbelanjaan teknologi diterajui AI yang lebih tinggi dan sokongan fiskal.

Tambahnya, prospek global bagi 2026 kekal berdaya tahan, disokong oleh ‘permintaan domestik yang berterusan, inflasi yang semakin perlahan, pelaburan teknologi yang teguh, dan dasar fiskal serta monetari yang menyokong’.

“Risiko penurunan kekal wujud, berpunca daripada kemungkinan tarif lebih tinggi, peningkatan ketegangan geopolitik yang berterusan serta turun naik yang ketara dalam pasaran kewangan global,” katanya sambil turut menyuarakan kebimbangan terhadap penilaian tinggi dalam pasaran kewangan.

OPR kali terakhir diselaraskan pada Julai 2025, apabila BNM menurunkan kadarnya daripada 3% sebagai langkah awal bagi melindungi pertumbuhan daripada tekanan luaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.