Harga diesel Semenanjung naik 4 sen

Harga diesel Semenanjung naik 4 sen

Harga runcit di Semenanjung naik 4 sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 22 Jan hingga 28 Jan.

PETALING JAYA:
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik 4 sen kepada RM2.88 seliter, bagi tempoh 22 Jan hingga 28 Jan, seiring peningkatan harga minyak dunia.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Dalam perkembangan sama, harga runcit petrol RON97 naik 2 sen kepada RM3.10 seliter.

Bagi RON95 pula, harga runcit petrol tanpa subsidi naik 2 sen kepada RM2.54 seliter; manakala harga runcit petrol bersubsidi di bawah BUDI95 kekal RM1.99 seliter.

Kementerian Kewangan berkata pelarasan harga runcit berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan pada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.