Zahid umum PPP ‘kembali’ menjadi komponen BN

Zahid umum PPP ‘kembali’ menjadi komponen BN

Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sebelum ini dikenali MyPPP keluar BN pada 2018 ketika diketuai M Kayveas.

Ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) berdiri menyambut baik pengumuman Zahid Hamidi yang parti itu kembali menjadi sebahagian komponen BN.
KUALA LUMPUR:
Parti Progresif Penduduk (PPP) diumumkan kembali menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) selepas keluar daripada komponen itu pada 2018.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Zahid Hamidi pada perhimpunan Agung tahunan PPP hari ini.

Zahid berkata surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertarikh 25 November 2025 yang parti itu salah satu parti komponen BN selain Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Tiada mana-mana parti boleh mempertikaikan kedudukan sah PPP dalam BN, memandangkan perkara itu telah diputuskan secara rasmi,” katanya.

Pada 2018, M Kayveas sebaik disahkan sebagai presiden MyPPP oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menamatkan hubungan dengan BN.

JPPM melucutkan pendaftaran MyPPP pada 14 Jan 2019 selepas pergolakan kepimpinan di antara mendiang Maglin Dennis D’Cruz dan Kayveas.

Krisis berlarutan selama lima tahun berakhir 11 April 2023 selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan rayuan MyPPP terhadap pengelucutan pendaftaran dan mengesahkan keabsahan Majlis Tertinggi MyPPP diadakan pada 19 Mac 2023 yang memilih D’Cruz sebagai presiden.

Pada September 2024, Loga Bala Mohan dilantik sebagai presiden selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti.

Perhimpunan pada tahun sama turut melulusa pertukaran nama MyPPP ditukar kembali kepada PPP selain penjenamaan logo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.