Sekolah perlu serah sepenuhnya bantuan RM150, kata Fadhlina

Sekolah perlu serah sepenuhnya bantuan RM150, kata Fadhlina

Menteri pendidikan berkata potongan tidak boleh dibuat untuk menampung bayaran berkaitan sekolah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bergambar bersama pelajar SMK Tun Syed Sheh Barakbah di Nibong Tebal hari ini.
NIBONG TEBAL:
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan tegas kepada sekolah supaya menyerahkan sepenuhnya bantuan persekolahan awal (BAP) RM150 kepada ibu bapa.

Menurutnya, beliau sudah menerima laporan terdapat sekolah menggunakan bantuan kerajaan itu untuk menampung bayaran berkaitan sekolah seperti yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Guru diingatkan bahawa tiada potongan boleh dibuat,” katanya sambil menambah yuran PIBG atau caj lain perlu diuruskan secara berasingan.

“Jika kerajaan beri RM150, ibu bapa mesti terima RM150. Ibu bapa…jika ada guru yang membuat potongan, beritahu saya. Ia tidak boleh dipotong,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah.

Jelasnya, lebih RM800 juta diperuntukkan untuk BAP di seluruh negara yang memanfaatkan kira-kira 5.2 juta pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6.

Fadhlina turut memaklumkan pengagihan BAP membabitkan kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara bermula Ahad lalu dan dijangka selesai minggu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.