Sistem ‘autogate’ di dua pintu masuk Johor-Singapura pulih sepenuhnya

Sistem ‘autogate’ di dua pintu masuk Johor-Singapura pulih sepenuhnya

Sistem pintu automatik imigresen di CIQ BSI dan KSAB beroperasi sepenuhnya sejak tengah malam tadi.

Bangunan-Sultan-Iskandar
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata sistem di ‘autogate’ di CIQ BSI dan KSAB kini berjalan seperti biasa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sistem pintu automatik imigresen di dua pusat pemeriksaan darat Johor-Singapura yang tergendala selepas mengalami gangguan sejak beberapa hari lalu telah pulih sepenuhnya.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata sistem di di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah itu beroperasi sepenuhnya sejak tengah malam tadi.

“Sistem (autogate) telah kembali normal sejak tengah malam tadi. Operasi di kedua-dua CIQ iaitu di BSI dan KSAB berjalan seperti biasa.

“Dijangka tiada lagi kesesakan melampau seperti dilaporkan beberapa hari ini,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata.

Pada Sabtu, dilaporkan gangguan sistem pintu automatik imigresen di dua pusat pemeriksaan darat Johor-Singapura itu menyebabkan puluhan ribu warga asing menunggu dalam barisan yang panjang.

Keadaan itu menyebabkan pengembara terpaksa menunggu sehingga dua jam untuk menyelesaikan proses imigresen di CIQ BSI di Johor Bahru.

Bagaimanapun, warga Malaysia dilaporkan masih boleh menggunakan pintu automatik, manakala sistem pelepasan untuk motosikal dan kereta berfungsi seperti biasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.