Ujian keselamatan LRT3 belum dapat mula akibat beberapa isu

Ujian keselamatan LRT3 belum dapat mula akibat beberapa isu

FFR mesti dijalankan ke atas semua kereta api sebelum operasi percubaan dimulakan, kata menteri pengangkutan.

lrt
Sebelum ini, Prasarana sahkan laluan LRT3 tidak dapat mula operasi pada Disember 2025 kerana perlu selesai isu kestabilan sistem dan perisian terlebih dahulu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ujian larian tanpa gagal (FFR) bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) masih belum dapat dimulakan berikutan beberapa isu yang sedang dihadapi, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Beliau berkata, susulan itu, mesyuarat antara Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan kontraktor utama akan diadakan minggu depan untuk memutuskan tindakan seterusnya serta memaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan tarikh pelaksanaan FFR.

“FFR mesti dijalankan ke atas semua kereta api di laluan berkenaan sebelum operasi percubaan dimulakan. Setakat ini, hanya tiga set kereta api LRT3 yang berjaya menamatkan FFR.

“… walaupun kami berasa kecewa dengan kelewatan ini, keselamatan mesti diutamakan,” katanya pada sidang media mengenai prestasi Prasarana pada 2025 dan prospek 2026 hari ini.

Sebelum ini, Prasarana mengesahkan laluan LRT3 tidak dapat memulakan operasi pada Disember 2025 kerana perlu menyelesaikan isu kestabilan sistem dan perisian yang masih dikesan semasa fasa ujian dan penyediaan perkhidmatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.