Rakyat dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Venezuela

Rakyat dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Venezuela

Wisma Putra berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela.

Kementerian Luar Negeri akan terus memantau situasi semasa di Venezuela dengan teliti dan memberikan maklumat lanjut jika perlu. (Gambar EPA Images)
PUTRAJAYA:
Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela buat sementara mengambil kira situasi keselamatan di negara itu.

Kementerian Luar Negeri yang juga dikenali Wisma Putra menegaskan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela.

“Tiada perubahan terhadap status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir kami pada 4 Jan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia berdaftar di sana…Semuanya telah dikenal pasti dan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ia akan terus memantau situasi semasa dengan teliti dan memberikan maklumat lanjut jika perlu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.