Polis siasat kes lelaki ditembak mati di Banting

Polis siasat kes lelaki ditembak mati di Banting

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, menurut polis Kuala Langat.

tembak banting
Terdahulu dilaporkan seorang lelaki maut ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran makanan segera di Banting malam tadi. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Polis sedang menyiasat kes tembakan di sebuah restoran di Banting malam tadi, yang mengakibatkan seorang lelaki maut.

Ketua Polis Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian kira-kira 10 malam tadi menerusi MERS 999.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menambah, motif kejadian masih disiasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat menerusi talian 03-31872222.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki maut ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran makanan segera di Banting malam tadi.

Difahamkan bahawa suspek, dipercayai lelaki menunggang motosikal, masih diburu polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.