
Terdahulu tular di media sosial gambar berbaur ugutan terhadap Yusoff menerusi contengan cat merah ‘Jangan lari Dato Kopi’ di Lapang Sasar Polis Kontinjen Kelantan pada 22 Dis lalu, lapor Utusan Malaysia.
Yusoff berkata beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh sindiket yang terkesan dengan ketegasannya dalam membendung jenayah di negeri ini.
“Berpandukan kepada tulisan pada dinding dan ayat yang digunakan, saya tidak menolak ia dilakukan oleh sindiket serta sudah dirancang lebih awal,” katanya.
“Saya harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini supaya tampil membantu pihak polis,” katanya
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.