
MAHB berkata operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang telah kembali beroperasi seperti biasa.
“Pasukan lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau keadaan untuk memastikan pemprosesan berjalan lancar. Kami berterima kasih kepada para pengguna atas kesabaran serta kerjasama mereka berhadapan dengan kejadian ini,” kata MAHB di media sosial.
Terdahulu, gangguan sementara yang melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia telah menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang di Malaysia.
Gangguan tersebut menjejaskan pemprosesan penumpang, mendorong syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang mengaktifkan prosedur keadaan luar jangka.