Adun Umno dilantik pembantu menteri Sabah ke-18

Adun Umno dilantik pembantu menteri Sabah ke-18

Adun Kunak Anil Sandhu ialah pembantu menteri pembangunan belia, kemajuan sukan dan ekonomi kreatif.

Anil Sandhu
Wakil rakyat Umno Anil Sandhu menang kerusi Kunak dengan majoriti 2,118 undi pada PRN Sabah bulan lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Adun Kunak, Anil Sandhu mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Negeri, Musa Aman sebagai pembantu menteri dalam kerajaan Sabah.

Berita RTM melaporkan Anil ialah pembantu menteri ke-18 bawah pentadbiran Hajiji Noor, yang memegang portfolio pembangunan belia, kemajuan sukan dan ekonomi kreatif.

Adun penggal pertama itu ialah wakil rakyat Barisan Nasional kedua dalam kerajaan negeri pimpinan Hajiji, selepas Jafry Ariffin yang memegang portfolio pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar.

Anil menang kerusi Kunak dengan majoriti 2,118 undi pada PRN Sabah bulan lalu, menewaskan lima calon lain termasuk penyandang terdahulu, Norazlinah Arif daripada Gabungan Rakyat Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.