Adam Radlan akan pulang bantu siasatan projek MEX 2, kata SPRM

Adam Radlan akan pulang bantu siasatan projek MEX 2, kata SPRM

Azam Baki berkata timbalan ketua Bersatu Segambut itu ialah saksi dalam siasatan projek MEX.2.

Adam Radlan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya menerima surat jaminan daripada peguam mengesahkan komitmen Adam Radlan Adam Muhammad untuk hadir memberi keterangan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad akan memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan projek Lebuhraya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (MEX 2).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya berhubung dengan Adam Adlan baru-baru ini.

“Adam Adlan sebenarnya sudah diputuskan kedudukannya dan dia berjanji akan balik dalam tempoh terdekat,” katanya menurut Berita Harian selepas merasmikan SPRM-UiTM Inspira 2025: Hari Integriti dan Kepimpinan di UiTM Kampus Puncak Alam.

“Kenyataannya hanya untuk membantu siasatan. Pada waktu itu, dia berada di luar negara, jadi kita perlukan bantuannya.”

Beliau berkata, SPRM turut menerima surat jaminan daripada peguam Tetuan Shafee & Co yang mengesahkan komitmen Adam Adlan untuk hadir memberi keterangan.

“Kategori beliau bersama kira-kira 29 individu lain sebagai saksi dalam siasatan kes MEX 2.”

Media melaporkan SPRM sedang mengesan Adam, 44, bagi membantu siasatan berkaitan projek MEX 2 bermula dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA.

Pada 20 Ogos lalu, Adam dibebaskan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas membayar kompaun RM4.1 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.