199 mangsa banjir di 4 PPS Sarawak

199 mangsa banjir di 4 PPS Sarawak

Sebuah PPS dibuka di Bintulu dan tiga lagi di Miri.

PPS
Seramai 56 mangsa ditempatkan di sebuah PPS di Bintulu, manakala 143 orang berlindung di tiga PPS di Miri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 199 orang setakat 9 pagi ini berbanding 130 orang petang semalam.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Bintulu dan tiga lagi di Miri.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 56 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Suarah di Bintulu setakat 9 pagi tadi.

Di Miri pula, 99 orang daripada 42 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Suai di Niah.

PPS Dewan Bulan Sabit Merah Miri menempatkan 31 orang daripada enam keluarga, manakala 13 mangsa banjir daripada empat keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Angus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.