MH370: Mahkamah Beijing perintah Malaysia Airlines bayar pampasan USD410,000

MH370: Mahkamah Beijing perintah Malaysia Airlines bayar pampasan USD410,000

Syarikat penerbangan diperintah bayar jumlah itu kepada setiap waris dalam lapan kes.

MH370, yang membawa 239 penumpang dan kru, dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. (Gambar Bernama)
BEIJING:
Mahkamah Beijing memerintahkan Malaysia Airlines membayar pampasan lebih 2.9 juta yuan (USD410,240) bagi setiap kes kepada waris penumpang pesawat MH370, lapor CCTV.

Penyiar negara China itu melaporkan, keputusan itu meliputi lapan kes membabitkan lapan penumpang.

Sebanyak 47 kes lain telah diselesaikan dan ditarik balik, sementara 23 lagi kes masih dibicarakan.

Pihak Malaysia Airlines bagaimanapun tidak memberi respons segera apabila diminta mengulas.

Tragedi kehilangan MH370 kekal menjadi antara misteri terbesar dalam dunia penerbangan.

Pesawat membawa 239 penumpang dan kru itu dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.