Hajiji umum portfolio 17 pembantu menteri baharu

Hajiji umum portfolio 17 pembantu menteri baharu

Dua belas pembantu menteri daripada GRS, manakala selebihnya wakil rakyat bebas dan seorang Adun STAR.

hajiji noor angkat
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, pentadbiran baharunya akan perkukuh komitmen pelihara kestabilan, beri tumpuan kepada perpaduan dan pembangunan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengumumkan senarai portfolio bagi 17 pembantu menteri dalam kerajaan baharunya, dengan 12 daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Joniston Bangkuai, Isnin Aliasnih dan Mandela Malakun dinamakan sebagai pembantu menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Joniston dan Isnin merupakan pembantu menteri dalam pentadbiran Hajiji yang terdahulu, manakala Mandela sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha politik ketua menteri.

Ruslan Muharam dilantik sebagai pembantu menteri pertanian, perikanan dan industri makanan, bersama-sama Hendrus Anding yang mengekalkan jawatan sama bagi penggal kedua.

Ruslan sebelum ini menyandang jawatan pembantu menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Limus Jury kekal sebagai pembantu menteri kerja raya dan utiliti, bergandingan dengan Ruddy Awah yang sebelum ini pembantu menteri pembangunan luar bandar.

Begitu juga Samad Jambri yang mengekalkan jawatannya sebagai salah seorang daripada dua pembantu menteri pembangunan luar bandar.

Adun bukan GRS yang dilantik ke dalam kerajaan pimpinan Hajiji termasuk empat wakil rakyat bebas serta Ishak Ayub daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Hajiji berkata, kerajaannya komited untuk bekerjasama rapat demi memacu kemajuan sepanjang lima tahun akan datang.

“Dengan pentadbiran baharu ini, saya dan anggota Kabinet akan memperteguh komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan mendukung agenda politik berteraskan perpaduan serta pembangunan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri negeri yang pertama di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu diperkukuh bagi memastikan kestabilan politik yang mampan dan kemajuan yang tidak terganggu.

Senarai 17 pembantu menteri kerajaan negeri pimpinan Hajiji yang baharu adalah seperti berikut:

Jabatan Ketua Menteri

  • Joniston Bangkuai (GRS)
  • Isnin Aliasnih (GRS)
  • Mandela Malakun (GRS)

Kerja Raya dan Utiliti:

  • Limus Jury (GRS)
  • Ruddy Awah (GRS)

Kewangan

  • Ben Chong (GRS)
  • Ishak Ayub (STAR)

Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan

  • Jonnybone Kurum (GRS)

Kerajaan Tempatan dan Perumahan

  • Fairuz Renddan (bebas)
  • Maijol Mahap (bebas)

Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan

  • Ruslan Muharam (GRS)
  • Hendrus Anding (GRS)

Pembangunan Luar Bandar

  • Samad Jambri (GRS)
  • Juil Nuatim (GRS)

Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi

  • Jordan Jude Ellron (bebas)

Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

  • Andi Rizal (GRS)

Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat

  • Rina Jainal (bebas)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.